CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 22, 2008

apa itu personaliti?

Setiap orang mempunyai personaliti tersendiri. personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian individu. Personaliti sering digunakan apabila mengambarkan diri kita ataupun orang lain.

Personaliti, kata asalnya dalam bahasa inggeris person; berasal daripada bahasa latin iaitu persona yang bermaksud topeng muka. Tafsiran maksud topeng muka adalah kebanyakan manusia mahu menunjukkkan perilaku terbaik sahaja dan menyembunyikan perilaku buruk.

Walau bagaimanapun, maksud topeng yang di fahami oleh orang dahulu sudah diubah persepsinya. Ia dirujuk pada sifat-sifat yang ada pada individuseperti cara berfikir, perilaku dan mental emosi yand di tunjukkan. Biasanya, sifat-sifat itu bergantung pada penilaian individu kepada orang tertentu.

Biasanya, personaliti diberi difinasi mengikut kecenderungan masyarakat. Sebahagian masyarakat menganggap individu dengan personaliti yang baik adalah seorang yang mengagumkan orang lain dengan kebolehan bergaul dan berinteraksi dengan baik. Ada pula yang menggangap personaliti yang baik apabila individu itu menunjukkan tingkah laku sopan santun dan bercakap dengan lemah lembut.

Secara umumnya, para pengkaji bersepakat mengatakan personaliti adalah ciri-ciri dinamik dan tersusun yang dimiliki oleh individu yang secara unik mempengaruhi kognitif, motivasi dan tingkah lakunya dalam pelbagai situasi.

Persolan personaliti meliabatkan aspek kenapa dan bagaimana manusia bertindak secara unik dan kreatif terhadap perubahan persekitaran. Persekitaran ini melibatkan persekitaran fizikal, sosial dan budaya.

Saturday, September 20, 2008

lava lamp...


wmode="transparent" align="middle" type="application/x-shockwave-flash" >
Create your own Lava Lamp


remaja